Toxic people
Entry hari ni nak kongsikan tentang tips jauhkan diri dari orang negatif
Tak boleh nak deny, walaupun kita positif, ada juga di kalangan kawan-kawan dan ahli keluarga yang bersifat negatif di sekeliling kita. Dan kadangkala kita tak boleh nak control diri dari bersifat negatif juga bila berada dalam kelompok tersebut.
Toxic people ni bahaya sebab ia boleh menarik kita ke belakang, kita akan dibebani dengan semangat yang merudum dan boleh jadi dengan kita sekali murung.
Dan berada dalam kelompok negatif boleh menjadikan kita cepat sakit, cepat tua, cepat marah, dan yang buruk-buruk aje yang datang sebab kolam jiwa kita pun ikut berkeladak.
Jadi apa nak buat?? Bebaskan diri dari toxic people!
Bagaimana cara?
Bergantung pada situasi kita. Samada hanya perlu elak orang-orang tertentu dalam tempoh masa tertentu ataupun buang terus dari hidup anda. Ini bukan bermakna putuskan silaturrahim ya, tapi buang perkara yang langsung takde kaitan untuk menjadikan anda positif.
Tips #1: Dalam situasi yang negatif, terus keluarkan diri dari keadaan tersebut
Kalau yg negatif tu dari kalangan kawan-kawan baik atau geng2, jauhkan sementara dari mereka. Jangan putus kawan terus, tapi setiap kali bersama mereka anda yang perlu sebarkan positive vibes supaya mereka tidak ada peluang untuk selitkan benda-benda yang negatif
Kalau yang negatif tu rakan sekerja, tidak ada masalah kalau anda hentikan komunikasi dengan mereka. Kalau mereka bergosip dalam bilik rehat, pergi ke tempat lain untuk elak dari terjebat sama.
Jika family or org tersayang yang negatif, cari ruang bersama supaya dapat selesaikan konflik yang berlaku. Dan mungkin juga pilih tempat yang menenangkan untuk berkongsi suara hati.
Tips #2: Dalam tempoh penjelasan, jelaskan kenapa anda perlukan suasana positif
kadang-kadang bila dalam situasi yang panas, sebarang penjelasan mungkin tidak memberi kesan.
Jadi kena biarkan seketika dan cari ruang waktu yang lebih tenang untuk kembali bersemuka semula. Jika ianya terjadi pada org yg anda sayang, selesaikan secara diplomasi dan jujur mengenai keperluan anda untuk mempunyai mereka yang positif dan membantu anda untuk kembali bersemangat,
Jika melibatkan sekumpulan kawan baik, mungkin boleh pilih kawan mana yang anda selesa untuk berkongsi dan masih tunjukkan hubungan persahabatan cuma tidak selesa untuk berada dalam group.
Yang penting jangan jadi mangsa. Kalau dah jelaskan anda perlukan benda-benda yang positif je, tetapkan dengan perkara tersebut. Kalau masih lagi timbul perkara negatif, adalah tidak salah kalau anda teruskan tinggalkan situasi tersbut. Contohnya, left group wassap atau telegram yang membincangkan perkra-perkara yang tidak membina.
Tips #3: Cari kawan baru yang positif dan pengalaman baru yang bermakna
Untuk membantu anda supaya tak habiskan masa dengan orang negatif anda perlu buat circle kawan baru. Mungkin tak dapat kawan yang positif dan menyeronokkan ni dengan segera, tetapi anda boleh menjadi aktif untuk cari. Follow kawan-kawan yang positif. Dan unfriend kawan2 yg selalu pos benda2 negatif.
Anda sendiri pun kena lebih mesra supaya senang nak attract dengan orang-orang yang positif. kalau kita positif, insyaaAllah kita juga akan jumpa dengan orang yang postif, dan berada dalam logsitik yang betul.
Boleh juga pertimbangkan untuk menyertai aktiviti sukarelawan untuk isi masa lapang dengan lebih berfaedah melalui kumpulan-kumpulan sukarelawan ttntu. Masa anda terluang kepada perkara yang lebih berfaedah dan dapat meluaskan perkenalan dengan orang yang lebih bersemangt dan positif.
Hidup lah lebih gembira untuk hari-hari mendatang dengan semangat yang positif, kekal positif!!
Sumber nurulaziyana.blogspot.com
Ulasan