4 Hari lagi
Assalammualaikum wahai diary hati💛
Pejam celik pejam celik dak sangka tinggal 4 hari jaa lagi 2021 menjelang tiba.
2020 sangat cepat berlalu!
365 hari rasa sekejap jaa.
Tahun ni betul-betul tahun yang struggle untuk semua manusia di bumi ni termasuk aku.
Banyak masa berkurung di rumah jaa
Dan tahun ni jugak hati aku retak sekali lagi☺
Berpisah bukan kerana kehendak😔
But its oke☺
Sakit memang sakit
Sedih memang sedih
Kadang hilang fokus pada hidup sendiri
Tapi ya syukur
Masih beringat lagi.
Orang cakap bila putus cinta cepat cepat laa move on
Lupakan segalanya
Jangan sedih
Jangan ingat
Jangan bodoh pikir insan yang dak mungkin jadi milik kita.
Iya betul tapi perasaan tu hati sendiri jaa tau peritnya
Sakitnya😭😭
Bukan dak moveon tapi berilaa masa pada aku
Untuk rawat hati ni yang retak berkecai ni
Aku percaya dengan qada dan qadar
Aku percaya dengan ketentuan Allah
Cuma hati ni perlu masa untuk sembuh😭
Betul laa orang cakap
Bila sayang seseorang jangan simpan dia dalam hati
Cukup simpan dia dalam gengaman
Sebab bila saatnya dia pergi
Hati kita dak berat melepaskan dia
Mudah untuk kita lepas kan dia dari gengaman.
Aku redha😊
Redha dengan segalanya
Aku ikhlaskan apa yang orang lakukan pada aku.
Biarlaa
Mungkin di hadapan ada cerita yang indah untuk aku😊
Sekarang masa untuk aku ubah diri aku
Dekatkan diri denganNYA
Bercerita masalah bukan pada siapa siapa
Tapi hanya padaNYA
Hargai setiap detik yang aku ada
Yahh ini ujian untuk aku
Ujian kecil untuk aku jalani hidup
Supaya hati aku jadi kuat
Jadi lembut untuk memaafkan orang orang yang menyakitiku.
Terima kasih ya allah kerana memberi nikmat yang indah untuk aku😊
Ulasan