❤
Duhai hati
Jangan kau bersedih lagi untuk perkara yang sia sia
Tidak kah kau kasihan melihat kesan kesan parut
Akibat luka dan calar yang menyelimuti ketulan dagingmu.
Duhai hati
Jangan kau rendahkan martabatmu
Hanya untuk insan yang sia sia
Insan yang sentiasa meremehkan mu
Yang menendangmu sesuka hatinya
Mengutip tika dia kesepian
Dan membaling tika dia mulai merasa bahagia.
Duhai hati
Kuatlaaa
Sekarang bukan masanya untuk kau lemah lagi
Sekarang bukan masanya untuk kau meratap sedih
Sekarang bukan masanya untuk kau menyesali
Sekarang bukan masanya untuk kau mengharap
Tapi
Sekarang adalah masa untuk kau menjahit kembali
Luka lama yang berdarah kembali
Sekarang adalah masa untuk kau membalut kembali
Bekas bekas jahitan agar luka luka itu mudah untuk sembuh
Sekarang adalah masa untuk kau menyapu"antibiotik"pada tiap celahan calar agar
Hilang segala pedih dan perit yang kau alami
Duhai hati
Berjanjilaa jangan kau mudah menyerah lagi
Berjanjilaa kau akan melindungi dirimu
Berjanjilaa kau akan duduk di satu tempat yang tiada lagi insan yang berani menyakitimu
Berjanjilaa.
Kerana ketahuilaa
Untuk menyembuhkan mu
Membutuhkan aku mengambil masa yang panjang.
Ketahuilaa sesungguhnya
Aku "penat"
Sungguh penat.
Ulasan